Isu Kepala Bana Melanda Arena Sukan Bola Sepak!

Dan akhirnya aku dapat kesimpulan yang geng-geng yang punya mukjizat dalam menulis blog bola sepak SOKERNET ni tak peduli pun sebenarnya pasal rakyat marhaen. Geng-geng diorang ni hanya nak kepala bana kan bebudak ULTRAS sambil melepaskan banana mereka di tempat awam. 

Semalam punya seronok aku stalk macam-macam page, dari SOKERNET ke KOSMO dan ke page ULTRA, aku dapat buat konklusi ringkas bahawa mereka hanya panas kepada ULTRA. Aku tak tau lah sebab apa. Mungkin sebab ada budak ULTRA tumpahkan air dekat baju diorang sambil berkata,

"Eh bro, sorry tertumpahkan air. Abang ni mesti tak patriotik?"

"Ahhh, sorry naik babi. Kau tumpahkan, perang sampai mati!" kata seorang admin SOKERNET.

Sambil tu, ada orang yang melihat kejadian itu, Zainal Fabregas (bukan nama sebenar), bekas mahasiswa institusi pengajian tinggi awam di utara Malaysia, memberi nasihat,

"Usah lah bergaduh kita sesama bangsa Malaysia. Sesama agama. Sesungguhnya kita ni hanya menumpang."

Ya, ya, ya, kadang kala blog mukjizat juga perlukan traffic di dalam blog mereka. Kami semua paham. Selain itu bebudak ULTRA pun dapat publisiti percuma. Boleh diorang memperkuatkan lagi semangat patriotik mereka!

Kalah Lagi. Jom salahkan FANS!

Aku terpanggil untuk membuka sebuah blog atas dasar gilakan bola sepak seperti anak Razak Farid Abdul Ghani yang baru beli jersi Malaysia semalam masa turun stadium. Oh ya, semalam pasukan negara kita, Malaysia semestinya, tewas 2-3 kepada pasukan Bahrain. Ternyata faktor hujan sepanjang perlawanan tidak memberi apa-apa kelebihan kepada pasukan negara bahkan ia adalah sebenarnya kelebihan kepada pasukan Bahrain apabila kemuncaknya, mereka menurunkan 'bah' yang besar dalam masa 10 minit dengan 10 orang pemain selepas 80 minit 'rain' yang membasahi bumi Bukit Jalil dan kawasan sekitarnya.

Mexican wave yang di ombakkan oleh penyokong dan peminat bola sepak Malaysia di dalam stadium nasional itu diam terus dalam masa 10 minit itu hanya dengan sebuah 'bah' yang besar selepas 'rain'. Sazali anak Rosli Maswin turut termanggu mendagu akibat 3 gol itu. Namun yang aku respect, lilitan dekat kepala yang tertulis satu perkataan keramat 'HARIMAU MALAYA' tetap tidak dibuka.



Pagi tadi aku dikejutkan dengan satu artikel oleh geng SOKERNET sorang ni. Aku respect dia sebelum ni dengan article dan penulisan mengenai bola sepak, terutamanya Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia. Entah mengapa harini, aku rasa dia datang bulan ataupun dia kena boo semalam akibat balik awal dari stadium, ataupun dia tak datang pun stadium, tengok bola dekat mamak macam dia tengok bola mat saleh, lepas tu dia nak balik awal, kena boo dengan aney tu. Akibat malu yang amat, dia menggunakan kuasa dan mukjizat yang ada dalam bidang blog bola SOKERNET tu untuk dihentamkan budak-budak ULTRA ni di blog kesukaan ramai tu.

Ayat yang paling aku suka dalam entri yang aku terkujat tu ialah,

"Kaedah memberi sokongan adalah tertakluk kepada pilihan masing-masing."



Semalam aku applykan ayat tu, aku semalam berada dalam kelompok ULTRA. Dalam kelompok ULTRA tu, bukan semuanya ULTRA. Ada yang datang ke situ yang diorang gelarkan CURVA (menurut google, curva ni ialah tempat di mana bebudak ULTRA salurkan cara sokongan diorang). Menurut seorang brader ni, Jazlyn (bukan nama sebenar), 29 tahun, bekas pelajar UTM Skudai, dia datang ke CURVA tu sebab cara sokongan budak ULTRA ni unik baginya. Dia cuba mengikut satu dua lagu namun yang dia dapat hanya lah kumat kamit kononnya sedang menyanyi tapi haram satu perkataan pun tak betul. 

Aku dah dengar isu ramai orang tak puas hati dengan bebudak ULTRA ni dah lama. Sebab diorang bajet diroang ni bagus tahap kepala bana. Kononnya mereka paling patriotik dalam cara menyokong. Macam-macam benda diorang ni nak ubah penyokong lama rakyat Malaysia yang terlebih dahulu masuk dalam stadium kalau nak dibandingkan dengan mereka. Nasib baik diorang tak kata, budak-budak yang menyanyi lagu Negaraku tapi tak sampai menangis, diorang pukul. Masa sebelum match semalam mula, diorang mula sekali lagi ubah persepsi penonton dan penyokong bola sepak yang lain dengan mempromosikan "no air hon, say yes to chanting" dengan membawa banner yang dilukis sendiri dari tempat diorang ke tengah nak sampai ke kelab penyokong subsidi TEAM MALAYSIA.

Tu belum nak di kira isu-isu lepas. Isu diorang dan terma 'makan kuaci dalam stadium', 'aku bayar tiket, ikut suka lah aku nak tengok sambil berdiri' dan lain-lain isu yang mereka wujudkan. Kalau nak tengok semua isu ni, boleh sangat tanya uncle-uncle dan budak-budak tegar SELANGOR SOCCER FAN CLUB (SSFC) sebab diorang ni memang jenis tak puas hati dengan bebudak ULTRA dari dulu. Menurut Daud Haji Leman, pemerhati scene penyokong bola sepak Malaysia ni, tahun 2008 dulu SSFC dan Harimau Malaya dot Com (HMC: menurut wikipedia, kebanyakan founder ULTRA ni dari forum ni) adalah di bawah satu bumbung yakni menyokong bola sepak Malaysia. Semasa tu Pesta Bola Sepak Merdeka. Akibat satu terma, geng-geng otai SSFC sekarang dah langsung tak mahu pandang muka bebudak ULTRA. Masa tu bebudak ULTRA ni boleh dibilang dengan jari tangan campur jari kaki.



Menurut Radzi Naim, antara ahli baru ULTRAS MALAYSIA ni, "Semua orang melakukan kesalahan bro. Itu mungkin kesalahan comrade-comrade lama kami akibat tidak berapa matang dan darah muda. Kalau ditanya kembali mereka, rata-rata mereka kesal dengan statement 3 tahun lepas tu." Namun semalam,

"ULTRA DID IT AGAIN!"

Adakah bebudak penonton dan penyokong lama akan gunakan isu AIR HORN untuk terus buat rakyat marhaen Malaysia membenci ULTRA? Tu belum masuk gabungan 'Penjual-penjual AIR HORN di STADIUM SEMALAYSIA' lagi. Kita tengok lah reaksi mereka nanti.

Pada aku, aku pun kurang gemar bunyi-bunyi teeettt, toooooottt, teettttt, tooooottt yang dikeluarkan oleh bunyi-bunyian AIR HORN ni. Nak buat pemain lawan gentar dengan AIR HORN ni memang tak ah. Serupa diorang pergi kelab dangdut je bunyi-bunyi. Akhirnya mereka lebih semangat. Sebab AIR HORN tak melambangkan kau sekarang berada di side yang mana. Tapi aku juga kurang gemar dengan cara bebudak ULTRA ni menyebarkan dakyah yang AIR HORN ni tak cool. Cara diorang ni hanya nak buat geng-geng otai SSFC dapat point baru nak sebarkan dakyah diorang pulak untuk membenci ULTRA.

Budaya meniup AIR HORN ni dah lama berada dalam scene bola sepak dan stadium kita. Memang susah nak memodenkan cara sokongan. Oleh itu, ULTRA mesti bijak untuk menyebarkan dakyah mereka. Termasuklah dakyah-dakyah yang lain. Kalau tidak, tak lah penulis hebat yang menulis buku CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA pun boleh mengkepala banakan ULTRA. Aku sebenarnya suka ULTRA ni. Sebenarnya apa diorang buat 80% adalah orang kata bagus. Tapi cara diorang tu tak betul.

Dengan cara mem'boo' orang yang tak sealiran dengan mereka bukan lah cara terbaik nak asuh orang ramai untuk mengikut cara mereka memodenkan cara sokongan. Biar mereka dalami sendiri apa yang diorang buat tu. Dalam masa yang sama, bebudak ULTRA ni boleh lah menulis satu dua artikel mengapa dan kenapa diorang buat sesuatu benda tu. Bagi orang clear. 

Bak kata SOKERNET tadi, orang ada hak masing-masing cara menyokong. Itu sangat betul. Hak mereka kita tak boleh rampas atau mereka akan saman korang dalam mahkamah atas dasar mencabuli hak asasi manusia. Biar bijak membasuh orang. Dan kesilapan paling besar bebudak ULTRA ni ialah cara mereka terlampau kasar untuk mengajak orang lain ikut diorang. Contohnya ikut mereka lah nak bangun atau tak semasa lagu Negaraku berkumandang. Itu nak tengok tahap mana diorang pride dengan lagu and negara sendiri. Kita (means aku juga akan berdiri kalau lagu Negaraku berkumandang), buat cara kita. Bukan ke korang punya motto some don't like us, we don't care? Buat aja apa yang korang ada. Nak mengajak biar kena cara. Jangan sampai orang menyampah dengan cara kau mengajak serupa ajak bergaduh kat luar je.

Kesilapan kedua ULTRA, menurut mamat SOKERNET, ialah memaki-hamun orang yang memaki-hamun pemain akibat kebangangan pemain tidak berusaha bersungguh-sungguh di atas padang. Dan zaman sekarang ni semua nak guna ayat hanya tahu bersorak ketika menang tapi memaki hamun bila Malaysia kalah ke macam mana ayat dia. Yang ni aku kurang nak setuju sangat dengan SOKERNET walaupun diorang ni punya mukjizat dan tidak punya dosa dalam menulis apa sahaja dalam bola sepak. Yang memaki hamun dalam laman sosial tu bukannya semua ULTRA. Itu semua manusia yang sayang gila dengan pasukan mereka dan itu adalah cara mereka melemparkan kesayang mereka. Macam kau sayang patung teletubies kau, lepas tu ada orang kata teletubies ni budak pondan je tengok, mana kau tak marah kan?

Isu macam ni usahlah nak diketengahkan sangat kepada bebudak ULTRA. Walaupun memang ramai bebudak ULTRA ni  yang naik angin tak tentu pasal bila ada orang mengutuk team kesayangan mereka. Alah benda ni standard lah. Kalau aku mengutuk Man Utd kau, Liverpool kau, Arsenal kau, kau punya satu perasaan yang sama jugak macam diorang ni. Lainnya di sini, dua-dua sayangkan bola sepak Malaysia. Satu dengan mencintai walau jatuh bangun, dan satu lagi jenis mem'babi'kan pemain kalau buat salah. Tinggal nak apply jadi coach bersama je. Tapi kedua-dua sayangkan pasukan. Usahlah kau, bebudak ULTRA nak marah sangat diorang ni. Usik sikit-sikit sudah lah. Sebab jauh di sudut hati diorang, masih mahu tengok pasukan Malaysia kita berada di satu tahap yang boleh mereka tak tahu apa nak kutuk dan akhirnya join ULTRA bersorak bersama.

Kesalahan seterusnya bebudak ULTRA ni ialah hormat tempat. Ni isu di laur stadium sikit. Yes, cara korang memang aku seronok sangat nak tengok. Gempak gempita di buatnya kalau menyokong pasukan korang di luar negara dengan hanya menonton pada kaca televisyen. Tapi terima lah hakikat. Itu adalah restoren. Nyanyi tu tak apa. Usahlah nak pasang flare bagai dalam tu. Termasuk dalam makanan Mah Bedah gelang yang datang macam mana? Nyanyi-nyanyi kasi gamat tu, aku sokong sangat. Aku pun kadang kala terikut sama!

Entah bila lah kesatuan penyokong-penyokong Malaysia ni mampu bersatu bawah panji HARIMAU MALAYA. Sedih aku tengok ni hah. Biar lah ada banyak puak pun. Ada makn kuaci. Ada hisap rokok. Ada menyanyi 90 minit. Ada yang tengok bola bawak galaxy tab tulis isi apa yang nak di post dalam blog lepas habis game, aku teringin sangat nak tengok kita semua ni bersatu. Ada satu komen dekat SOKERNET, 

"Apa bangang sangat kata penyokong sebahagian dari pemain? Kalau pemain kalah, penyokong patut dipersalahkan jugak ke?"

Ke macam mana ayat dia. Yang ni pun aku kurang setuju. Betul, kalau kalah, bukan pemain yang patut dipersalahkan. Tapi bukalah minda. Jangan asyik nak cari salah orang sahaja. Ayat tu bagi aku, merujuk kepada bagaimana kita nak bantu pasukan untuk bawa kemenangan. Bukan bererti kalau kalah kita kena terima padah yang sama. Macam mana nak naikkan semangat supaya tak lesu akibat pergi kelab malam semalam sebelum hari game? Bersorak. Itu sahaja jawapannya. Lain orang lain cara. Kau tiuplah AIR HORN kau tu kalau itu kau rasa boleh buat pemain lawan hilang fokus mahupun gentar sampai nak sangat balik jumpa mak. Kau nyanyilah 90 minit. Bagi aku, kalau aku tak dapat nak tolong pemain sendiri, aku meng-kepala-bana-kan pemain lawan. Tapi kalau aku buat sorang memang sampai kiamat pun tak jadi. Contohnya kalau pemain lawan pegang bola, sama-sama kita boo, tiup AIR HORN kau tu, memaki hamun kasi gentar. Entah lah, lain orang lain caranya ye dak SOKERNET? Kalau kau rasa maki hamun pemain sendiri mampu buat diorang makin bijak mengawal bola, apa salahnya.

Macam bebudak ULTRA memaki hamun kau cakap kau tak patriotik. Sama lah rasa kau memaki hamun diorang cakap main macam taik. Entah macam mana diorang berusaha nak buktikan sesuatu atas padang. Diorang je yang tahu. Tak salah nak maki hamun, tapi bior lah lepas game. Dalam facebook atau lepas habis tiup wisel penamat. Sebab bagi aku selagi belum tamat game, apa sahaja boleh jadi. Apa kau tak percaya dengan pasukan yang kau sayang sendiri?

Sudah lah, panjang bebenar aku taip ni hah. Udah lah blog pun baru satu post. Kalau ada bebudak ULTRA baca, elok lah difikirkan sikit cara nak bagi orang ikut cara korang. Betul ke dak cara korang buat tu. Aku suka cara korang. Tapi tak berapa suka cara korang mentarbiahkan orang lain. Buat geng-geng yang ada mukjizat dalam menulis blog bola sepak dan tak berdosa ni, aku minta maaf kalau ada terkasar apa-apa. Udahnya penulis blog macam korang yang tak berdosa ni eloknya terima maki hamun orang lain macam korang maki hamun pemain-pemain baik di Malaysia mahupun di luar. Ye dak? Dan kepada penyokong yang lain, penyokong tegar lama, penonton bola sepak, peminat Khairul Fahmi, geng SSFC, geng subsidi TEAM MALAYSIA, bersatu lah di dalam stadium. Lain orang lain caranya. Ada salah, tegur cara baik. Scene bola kita ni kecik sangat.

Kalau tak habis-habis nak jadi terbaik dan nak tunjuk paling patriotik dalam menyokong bola sambil pasukan kesayangan tak terbaik mana pun tak guna. Gerunkan pihak lawan. Biarlah kita ada lapan ploh pecahan jenis kelompok penonton dan penyokong dalam stadium pada satu-satu masa. Dan pada certain time dalam game, kita sama-sama nyanyi satu lagu yang sama untuk kasi semangat pada players. Biar bergema satu stadium. Yang awak AIR HORN letak tepi kejap seminit dua. Yang pegang galaxy tab, letak dalam bag kejap. Yang tepuk-tepuk 90 minit, turunkan ego sama-sama nyanyi.

Biar sampai ada teams yang gerun nak masuk SNBJ sebab kesatuan fans nya. Ia mustahil. Tapi kalau semua orang turunkan ego sikit lagi, tiada apa yang mustahil. Ya dak SOKERNET? Aku banyak refer SOKERNET sebab entri yang dikeluarkan tu, hanya mampu memecah belahkan lagi kesatuan FANS dalam Malaysia. Bukan kau cuba rapatkan dan garangkan. Memang dasar sifat orang kita cari salah daripada buka mata dan pandang seluasnya. Tu pun memang budaya kita dari dulu yang susah nak buang. Tak kiralah kau ULTRA ke, SSFC ke, SOKERNET ke, pemakan kuaci ke mahupun Mah Bedah Gelang. Eh, apa aku banyak mengarut, aku hanya pemerhati yang akan punya dosa menulis blog pasal bola. Ke macam mana?

Football Quote #1.




"Football is for you and me, not for the fucking industry."